Sunday, April 8, 2012

tips memilih produk kosmetik

Agar terhindar daripada terdedah kepada risiko bahaya penggunaan bahan kosmetik seperti kerosakan kulit dan sebagainya, beberapa perkara harus diberikan perhatian sebelum kita memilih alat kosmetik yang ingin digunakan. Sebaiknya anda perhatikan beberapa perkara sebelum membeli dan menggunakan kosmetik demi memastikan kita tidak tertipu lantas mencampakkan diri ke dalam kondisi berbahaya lantaran menggunakan alat kosmetik yang akan memberikan kesan buruk kepada diri kita.

1.   Kenali jenis kulit anda terlebih dahulu
Sebelum membuat keputusan untuk membeli bahan kosmetik, kenali jenis kulit anda dan jangan mudah percaya dengan saranan yang diberikan oleh promoter di kedai kosmetik.
Ini kerana, tugas promoter tidak lain hanyalah untuk memastikan barangan terjual. Sama ada ia sesuai atau tidak dengan pembeli itu bukan perkara utama mereka. Selagi ada ruang untukl memujuk pembeli membeli barangan yang dijual, promoter akan terus bercakap tentang pelbagai kehebatan produk mereka waima ia sama sekali tidak sesuai dengan kulit kita. Oleh itu, kenali jenis kulit kita sendiri terlebih dahulu. Setelah anda mengetahui jenis kulit wajah maka akan lebih mudah memilih kosmetik yang baik untuk wajah anda.

2. Ketahui kandungan bahan kosmetik
Sebagai pengguna, sebaiknya anda mengetahui bahan-bahan yang terkandung dalam kosmetik pilihan anda. Dengan mengetahui bahan-bahan tersebut, anda akan terhindar daripada risiko kesan sampingan yang mungkin dicetuskan oleh penggunaan kosmetik tersebut seperti kerosakan kulit. Ia juga boleh membantu kita untuk memastikan bahan kosmetik yang bakal kita gunakan itu terhindar daripada bahan bernajis yang haram dan boleh menyebabkan segala ibadah kita terbatal.
3.   Jangan selalu mengganti alat kosmetik
Sebaiknya jangan selau bertukar alat kosmetik terutama kosmetik dekoratif. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerlahkan sikap boros kita, tetapi akan turut memberikan kesan terhadap kesihatan kulit. Ini kerana setiap alat kosmetik memiliki bahan-bahan yang diutamakan dalam kandungannya.
Misalnya jenama A lebih banyak mengandungi pelembab, sedangkan jenama B lebih mengunggulkan mineralnya.
Apabila anda menggunakan secara bergilir, kemungkinan ia akan mendatangkan kesan yang tidak elok kepada kulit. Apatah lagi bagi anda yang memiliki kulit sensitive. Kalau npun anda ingin menukar jenama kosmetik, habiskan kosmetikl lama terlebih dahulu. Kecuali, kosmetik tersebut menganggu keselesaan kulit anda, maka harus anda segera hentikan penggunaannya.
4. Mencatat batas waktu luput
Setiap kali membeli kosmetik, jangan lupa meneliti tarikh luputnya. Apabila tidak tercatat pada kemasannya, tanyalah kepada promoter. Catat tarikh luputnya. Jika perlu tampalkan label kecil di belakang kemasan kosmetik supaya ia dapat mengingatkan kita batas akhir penggunaanya. Ciri-ciri kosmetik yang sudah sampai tarikh luputnya itu warnanya akan berubah menjadi keruh atau lebih muda, baunya lebih menyengat dan berkulat. Biasanya akan timbul bintik-bintik putih di permukaan perona mata atau perona pipi. Apabila masih juga digunakan, maka kesihatan kulit akan terganggu.
Perona mata yang sudah sampai tarikh luput, biasanya akan menyebabkan iritasi pada mata. Sedangkan perona pipi yang sudah sampai waktu luput pula akan mengakibatkan pipi terasa panas dan gatal. Jadi, kalau ingin kesihatan kulit wajah terjaga, anda harus memilih kosmetik yang tepat.
5. Sihat
Itu yang paling penting. Jangan sampai kita melakukan tindakan yang tidak sihat dan justeru malah merugikan diri sendiri.

Sumber Buku: Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu
Penulis: Burhan Sodiq