Sunday, April 8, 2012

tips memilih produk kosmetik

Agar terhindar daripada terdedah kepada risiko bahaya penggunaan bahan kosmetik seperti kerosakan kulit dan sebagainya, beberapa perkara harus diberikan perhatian sebelum kita memilih alat kosmetik yang ingin digunakan. Sebaiknya anda perhatikan beberapa perkara sebelum membeli dan menggunakan kosmetik demi memastikan kita tidak tertipu lantas mencampakkan diri ke dalam kondisi berbahaya lantaran menggunakan alat kosmetik yang akan memberikan kesan buruk kepada diri kita.

1.   Kenali jenis kulit anda terlebih dahulu
Sebelum membuat keputusan untuk membeli bahan kosmetik, kenali jenis kulit anda dan jangan mudah percaya dengan saranan yang diberikan oleh promoter di kedai kosmetik.
Ini kerana, tugas promoter tidak lain hanyalah untuk memastikan barangan terjual. Sama ada ia sesuai atau tidak dengan pembeli itu bukan perkara utama mereka. Selagi ada ruang untukl memujuk pembeli membeli barangan yang dijual, promoter akan terus bercakap tentang pelbagai kehebatan produk mereka waima ia sama sekali tidak sesuai dengan kulit kita. Oleh itu, kenali jenis kulit kita sendiri terlebih dahulu. Setelah anda mengetahui jenis kulit wajah maka akan lebih mudah memilih kosmetik yang baik untuk wajah anda.

2. Ketahui kandungan bahan kosmetik
Sebagai pengguna, sebaiknya anda mengetahui bahan-bahan yang terkandung dalam kosmetik pilihan anda. Dengan mengetahui bahan-bahan tersebut, anda akan terhindar daripada risiko kesan sampingan yang mungkin dicetuskan oleh penggunaan kosmetik tersebut seperti kerosakan kulit. Ia juga boleh membantu kita untuk memastikan bahan kosmetik yang bakal kita gunakan itu terhindar daripada bahan bernajis yang haram dan boleh menyebabkan segala ibadah kita terbatal.
3.   Jangan selalu mengganti alat kosmetik
Sebaiknya jangan selau bertukar alat kosmetik terutama kosmetik dekoratif. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerlahkan sikap boros kita, tetapi akan turut memberikan kesan terhadap kesihatan kulit. Ini kerana setiap alat kosmetik memiliki bahan-bahan yang diutamakan dalam kandungannya.
Misalnya jenama A lebih banyak mengandungi pelembab, sedangkan jenama B lebih mengunggulkan mineralnya.
Apabila anda menggunakan secara bergilir, kemungkinan ia akan mendatangkan kesan yang tidak elok kepada kulit. Apatah lagi bagi anda yang memiliki kulit sensitive. Kalau npun anda ingin menukar jenama kosmetik, habiskan kosmetikl lama terlebih dahulu. Kecuali, kosmetik tersebut menganggu keselesaan kulit anda, maka harus anda segera hentikan penggunaannya.
4. Mencatat batas waktu luput
Setiap kali membeli kosmetik, jangan lupa meneliti tarikh luputnya. Apabila tidak tercatat pada kemasannya, tanyalah kepada promoter. Catat tarikh luputnya. Jika perlu tampalkan label kecil di belakang kemasan kosmetik supaya ia dapat mengingatkan kita batas akhir penggunaanya. Ciri-ciri kosmetik yang sudah sampai tarikh luputnya itu warnanya akan berubah menjadi keruh atau lebih muda, baunya lebih menyengat dan berkulat. Biasanya akan timbul bintik-bintik putih di permukaan perona mata atau perona pipi. Apabila masih juga digunakan, maka kesihatan kulit akan terganggu.
Perona mata yang sudah sampai tarikh luput, biasanya akan menyebabkan iritasi pada mata. Sedangkan perona pipi yang sudah sampai waktu luput pula akan mengakibatkan pipi terasa panas dan gatal. Jadi, kalau ingin kesihatan kulit wajah terjaga, anda harus memilih kosmetik yang tepat.
5. Sihat
Itu yang paling penting. Jangan sampai kita melakukan tindakan yang tidak sihat dan justeru malah merugikan diri sendiri.

Sumber Buku: Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu
Penulis: Burhan Sodiq

Friday, March 30, 2012

WANITA YANG BIJAK BUKAN SAHAJA PERLU CANTIK LUARAN TETAPI JUGA PERLU SIHAT LUAR DAN DALAM..

Sebagai pengguna yang bijak, pengetahuan tentang bahan-bahan berbahaya dalam kosmetik secara mutlak diperlukan. Jangan sesekali pikir nak cantik jerk... Kalau korang cantik sekalipon sampai muka berkilat-kilat, tapi mata korang kelihatan kuning atau kemerah-merahan disebabkan kesan bahan kimia dalam produk kosmetik yg dipakai, tak der guna juga...Ada satu kes lagi, bila terdapat produk kosmetik yg perlu dipakai secara berterusan, kalau dua tiga hari tak pakai wajah boleh jadi gelap semula...produk mcm ni memang dah sah2 tak sihat dan tak bagus. Haaa, dan yg paling digemari oleh setengah-setengah pecinta kecantikan sekrg ni adalah pakai produk yang beri kesan sakit dan pedih kepada kulit muka..."takpa sakit, nanti cantik"... ko ade?... Memang tak der nyah..produk yg aku jual ni, bukan je tak sakit tp tetap boleh bg kau cantik jugak!! Sebagai wanita, Janganlah nak kelihatan cantik sampai tersiksa zahir dan batin wanita oi... banyak cara yang bijak dan sihat kita boleh pilih untuk jadi cantik...tu sebabnya, definisi cantik itu subjektif.

Beberapa bahan berbahaya terkandung dalam kosmetik yang beredar di pasaran adalah sebagai berikut:

Merkuri merupakan logam berat yang berbahaya. Pemakaian merkuri dalam krim pemutih bisa menimbulkan berbagai kesan seperti perubahan warna kulit yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada kulit, alergi dan iritasi kulit. Pemakaian merkuri dalam jumlah yg banyak dan tempoh yg lama dapat mengakibatkan kerosakan permanen pada otak, ginjal, dan gangguan perkembangan janin. Dalam jangka pendek bisa menyebabkan muntah-muntah, kerosakan paru-paru dan kanser..

Hydroquinone adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air dan lazim digunakan dalam proses mencuci foto. Kemampuan hydroquinone untuk menghalang pembentukan melanin (zat pigmen kulit) menjadikannya sebagai bahan kosmetik yang popular spt produk2 skin whitening (pemutih). Namun penggunaan hydroquinone dalam jangka panjang dan dos yg tinggi dapat kemerahan pada kulit, pedih dan kelihatan seolah-olah kesan terbakar pada kulit merah  serta kesan pada ginjal dan turut menyumbang pada  kanser darah dan hati.

Sodium Lauril Sulfat (SLS) kerap terdapat pada produk sabun, campuran shampoo, dan pembersih badan. SLS bersifat iritan dan dapat memicu dermatitis. SLS dapat menyebabkan iritasi kulit  dan menyebabkan katarak mata.

Zat warna Rhodamin adalah zat warna sintetis yang pada umumnya digunakan sebagai zat warna kertas, tekstil atau tinta. Zat warna ini dapat menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan dan merupakan zat karsinogenik. Rhodamin dalam kadar yangi tinggi dapat menyebabkan kerosakan pada hati.

Bahan pewarna Merah K.3 (CI 15585), Merah K.10 (Rhodamin B) dan Jingga K.1 (CI 12075) merupakan zat warna sintetis yang umumnya digunakan sebagai zat warna kertas, tekstil atau tinta. Zat warna ini merupakan zat karsinogenik (dapat menyebabkan kanker). Rhodamin B dalam konsentrasi tinggi dapat menyebabkan kerusakan hati.

Bahan Pengawet Paraben. Paraben digunakan terutama pada kosmetik, deodoran, dan beberapa produk perawatan kulit lainnya. Zat ini dapat menyebabkan kemerahan dan reaksi alergi pada kulit. Ia juga dikatakan menjadi punca kepada kanser.

Propylene Glycol juga telah ditemui terdapat dalam  beberapa produk kecantikan, kosmetik dan pembersih wajah. Bahan  ini dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis kontak. Terdapay kjian yg menunjukan bahwa zat ini dapat merosakkan ginjal dan hati.

HASHA merupakan antara produk yg telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bebas dari bahan kimia terlarang dan disahkan halal.

p/s: Masih terdapat banyak lagi bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik dan disarankan agar, sebelum kawan2 menggunakan produk kosmetik tidak kira apa saja jenis produk pun, anda dinasihatkan agar lebih teliti, peka dan tidak malas untuk mengenalpasti bahan2 yg terdapat dalam produk tersebut..tq.